Wednesday, December 7, 2011

Cahaya Akidah....

Alhamdulillah...
lama plak rasanya x tulis perkara yang bermanfaat...
and jugak yang boleh dihadam rohani...

juz nk buat sedikit review ttg usrah ptg td...
mengupas isu akidah...
akidah adalah sesuatu yang perlu ada di dalam diri
bagi membantu hati-hati kita
mempertahankan dan juga meneguhkan iman di dlm diri...

manusia ini diberikan akal oleh Allah...
tetapi alangkah ruginya manusia yang tidak menggunakan akal mereka ini...
dipetik daripada kata-kata Yusuf Al-Qardhawi...

"pada hari ini, terdapat ramai manusia yang kaya ilmu, tetapi miskin amal"

dimana mana saja kita dapat melihat keadaan ini berlaku...
sedangkan sesiapa yang mempelajari ilmu
tanpa memanfaatkannya di jalan Allah..
maka dia akan disoal di akhirat kelak..
kerana ilmu itu juga adalah ilmu yang hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita..

selain itu...
akal juga dikurniakan Allah untuk berfikir...
maka rugilah mereka yang mempunyai akal tetapi tidak berfikir...
berfikir di sini bermaksud
mengaitkan setiap ilmu yang dipelajari dengan kekusasaan Allah..
dan bukan pula berfikir mengenai zat Allah
yang mana tidak akan mampu dicapai oleh akal manusia.

"berfikir sesaat itu adalah lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat yang tidak khusyuk"

maka tanda kita mempunyai pegangan akidah yang kuat
adalah dengan mengenali siapa tuhan kita
yakin dan percaya dengan keEsaan Allah...
barang siapa yang mengenali siapa tuhan mereka...
maka mereka tidak akan teragak-agak dalam melakukan ibadat
dan juga yakin dalam berserah diri kepada Allah apabila ditimpa musibah...

terakhir sekali pesanan di dalam usrah td..

"jangan letakkan pergantungan kepada makhluk"
yg bermaksud...
janganlah kita menganggap bahawa makhluk yang menentukan apa yang akan kita peroleh di atas dunia ini.
sekiranya berlaku..
maka kufurlah orang yang melakukannya..

wallahu'alam...

nafas cinta disana
8/12/2011

No comments:

Post a Comment

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...