Seseorang pernah bertanya kepada Ayah Imam Shafie...
"Bagaimana kamu mendidik anakmu,
sehingga beliau menjadi seperti sekarang..."
jawabnya...
"Aku mendidik anakku 40 Tahun sebelum dia dilahirkan".
...............................................
Maksud tersirat yang dinyatakan di atas...
untuk menyediakan diri...
bagi mendidik anak-anak...
terlebih dahulu...
kita perlu untuk mendidik diri kita...
untuk bersedia menjadi seorang pendidik...
cara didikan yang terbukti berkesan...
dalam pembinaan sahsiah anak-anak...
adalah dengan menjadi ikon kepada mereka...
kanak-kanak lebih cenderung...
untuk meniru pelakuan orang-orang di sekeliling mereka...
bagi mereka...
tiada yang betul atau yang salah...
yang ada...
cuma perkara untuk mereka contohi...
jika tersilap langkah dalam mendidik...
maka kanak-kanak menghadapi risiko yang sangat tinggi...
untuk menyimpang daripada apa yang kita harapkan...
psikologi kanak-kanak...
lebih dikawal oleh "subconscious mind"...
yang bertindak sebagai "remote control" seorang kanak-kanak...
menjadi tugas kita sebagai orang yang lebih dewasa...
untuk memahami bagaimana "subconscious mind" kanak-kanak ini berfungsi...
ini bagi membolehkan...
kita memahami dan menyelesaikan masalah...
yang sering kita hadapi dengan kanak-kanak yang ada di sekeliling kita...
atau mungkin anak-anak kita sendiri suatu hari nanti...
pelbagai simptom kanak-kanak yang terdapat di dalam dunia ini...
yang mana sekiranya tidak difahami...
kerana kurangnya ilmu...
maka ibu bapa dan orang ramai sering bertindak...
untuk menyalahkan kanak-kanak yang bermasalah...
tanpa memahami kenapa mereka begitu...
apatah lagi untuk membantu mereka keluar daripada situasi tersebut...
sekali sekala...
terasa sedih apabila berhadapan dengan realiti hari ini...
ibu bapa mendidik anak-anak...
dengan jeritan dan herdikan...
malah ada juga yang menggunakan kekerasan...
belajarlah memahami dunia mereka...
untuk mereka belajar memahami dunia kita...
kita yang mendidik...
maka kita lah yang mencorakkan mereka...
(inilah akibatnya bila terlalu banyak membca...asyik terfikir dan menilai...huhu)
baguih2..=)
ReplyDelete