Friday, April 29, 2011

Artikel Menarik!!

Hakikat Sebenar Kehidupan??


sebelum saya bawa anda lebih jauh mengenai sains kehidupan, saya nak bawa beberapa contoh:

Rasulallah sanggup menolaj tawaran orang arab Quraisy semata-mata untuk menyebarkan agama Tauhid (Allah hanya yang satu dan tiada yang lain)!!

Abu Bakar menyerahkan seluruh Hartanya untuk Islam!!

Umar menyerahkan separuh hartanya untuk Islam!!

kalau kita melihat contoh diatas, apakah yang mendorong mereka melakukan semua itu.?. kenapakah mereka sedikit pun tidak menyayangi harta mereka?adakah mereka memahami suatu hakikat yang ramai tidak tahu?

hari ini, ramai yang mempunyai salah tanggapan manusia terhadap Allah swt. contohnya Allah berada jauh di atas langit dan di planet yang jauh..sebenarnya, semua ini salah sebaliknya Allah berada sangat dekat dengan kita..jom kita ketahui dengan lebih lanjut..

Dunia impulse atau the world of electrical signals.

anda percaya tak kalau saya bagitahu anda yang "dunia sebenar" bukanlah dunia yang kita lihat dan dengar sekarang???
mesti anda rasa tak percayakan, tapi advance dalam science telah mencetuskan fenomena baru dalam memahami
"DUNIA SEBENAR"

information baru: segala yang kita terima sebagai dunia luar hanyalah satu response yang dihasilkan oleh electrical signal dalam otak..

German biochemist Frederic Vester explained the viewpoint that science has reached..kenyataan dari saintis-saintis mengatakan bahawa
"manusia ialah image,dan apa yang kita rasai or experienced hanyalah bersifat sementara dan deceptive, dan dunia sekarang ini hanyalah bayang-bayang"


manusia mempunya deria rasa, melihat,dan mendengar..saya akan menerangkan salah satu daripada pancaindera kita untuk kait kan dunia sekarang ialah bayang-bayang.

cahaya akan pergi ke retina dan electrical signal dihasikan..electrical signal akan dibawa oleh neuron ke vision centre which it is insulated from light..dan apa yang kita lihat dengan mata kita akan terhasil di vision centre. imej yang terbentuk di vision centre ialah dalam keadaan upside-down image tapi otak kita dapat mentafsir posisi objek yang betul..tapi pernahkah otak melihat objek yang kita lihat, bagaimana otak dapat mentafsirkan electrical signal itu ialah buku, kereta etc padahal otak tidak pernah pun melihatnya sebab otak terletak di tempurung kepala dan otak hanya menerima dan mentafsir sahaja electrical signal dari mata...dan adakah anda dapat buktikan warna merah yang saya lihat adalah sama dengan jenis warna merah yang anda lihat??

apa yang saya ingin katakan disini ialah, kita semua tidak akan sesekali dapat melihat, bau, merasa, menyentuh dan mendengar "dunia luar" yang sebenar..

sebenarnya, "dunia luar" berada didalam otak kita..percaya tak? jadi, ia adalah satu fakta fizik bahawa setiap yang kita tengok, sentuh, dengar dan kita terima sebagai "benda","matter","world" hanyalah electrical signal semata-mata yang ditafsir oleh brain.. ayat mudah ialah "dunia luar" hanya collection electrical signal.otak yang mentafsir dan memberi gelaran kepada electrical impulse tersebut.

no colour in external world but only the wavelength


manusia hanya mempunyai pengetahuan yang terhad kerana manusia tidak dapt melihat perkara yang tidak dikesan oleh deria.seperti yg dinyatakan oleh Allah swt.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (al baqarah:255)


then, adakah kita memerlukan dunia luar untuk ditafsir oleh otak?
dan jawapan nya ialah tidak perlu..
otak juga is a part of the material object like others. so, brain just like intergred component system.


jadi, siapa yang mentafsir??


pernah dengar "what we lookong for is what is looking"??
dan ada satu falsafah yang mengatakan "man inside man"..ada manusia kecil di dalam manusia..


apa yang ada didalam otak??
jawapannya ialah roh


the real absolute being is Allah swt..


source of soul perception??


sumber illusi yang kita dapat lihat sekarang ialah daripada Allah swt..Allah yg memberikan semua ini tentang apa yang kita mahu..Allah Maha Adil kerana Allah membenarkan akal kita menuntut apa yang kita maha dan Allah memberikannya..contohnya, kita nak sangat makan aiskrim, then Allah memberikan kepada kita, Allah yang menciptakan illusi pergerakan tangan kita untuk memegang aiskrim dan memasukkan kedalam mulut lalu receptor di lidah mentafsir aiskrim itu sedap dan kita menikmatinya..
dan perkara sebaliknya pun sama ketika kita buat jahat!!!


cuba kita bayangkan tv signal..sbg contoh: kita nk tengok cerita Nur Kasih..then, kita buka channel TV3.tv pula akan menerima gelombang dari station TV3..selepas itu, kita dapat tgk cete Nur Kasih, TAPI pelakon Nur Kasih pula tidak dapat melihat kita..


daripada contoh diatas, Allah bersifat nyata,manakala manusia hanya illusi..mcm tv tadi, kita sama seperti pelakon Nur Kasih sebab pelakon tu bersifat illusi di dlm tv (dunia)..tp kita tak dapat lihat Allah di dunia yg illusi ini tapi Allah dpt melihat kita didunia illusi..


illusi tidak dapat melihat yang nyata,tapi yg nyata dpt melihat illusi


kita tidak dapat melihat Allah swt:


al-an'an:103
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata,sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dia lah yang Maha Halus, Mahateliti.


dari ayat diatas, diterangkan dalam Al Quran bahawa kita tidak dapat melihat Allah di dunia ini, tetapi kita dapat melihat Allah ketika kita semua di akhirat kelak..


Allah swt meliputi semuanya:


al baqarah:115
dan milik Allah timur dan barat. kemana pun kamu menghadap disanalah wajah Allah. sunguh Allah Mahaluas, Maha mengetahui.


Fussilat: 54
ingatlah,sesungguhnya mereka dalam keraguaan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. ingatlah, sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu.


Allah sangat dekat kepada kita:


Al baqarah: 186
dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dua berdoa kepada Ku. hendaklah mereka memenuhi perintahuKU dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran.


Allah lagi dekat daripada jugular vein.


Qaf:16
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..


maksud disini ialah Allah lebih dekat..seperti yang saya katakan, dunia ini hanya illusi kerana ia adalah electical signal semata-mata..dalam dunia illusi, tiada istilah jarak (tiada ukuran 2 cm, 3 meter etc) kerana dunia ini illusi..bila illusi, semua jarak ialah 0 (zero)..kalo kita ukur, jugular vein hingga ke otak sepanjang 20 cm..tapi dalam dunia illusi, semua zero..means, anything ukuran, sebagai contoh 20 cm = o (zero)..tetapi Allah mengatakan Allah lebih dekat dari jugular vein..sekiranya jugular vein dah zero, bermakna Allah sangat sangat dan sangat dekat dengan kita..




mustahil menusia sebagai "shadow being" untuk tidak bergantung dengan Allah swt..


Saffat:96
padahal Allah lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu


Al Anfal:17
maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka,emelainkan Allah yang membunuh mereka, dan bukan engkau yang melemparkan ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melemparkan. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. sesungguhnya, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


ayat diatas menerangkan bahawa,setiap perbuatan kita, Allah yang menciptakannya perbuatan tersebut. oleh itu, Allah tidak akan terlepas pandang dari setiap apa yang kita kerjakan..


everything you posses is intrisically illusion


Al imran: 14
dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang ditumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.itulah kesenangan hidup didunia,dan di sisi Allah lah tempat kembalinya yang baik.


Nisa:126
dan milik Allah lah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi,dan pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu.


di akhirat nanti, semua penglihatan kita akan jelas


Qaf:22
sungguh,kamu dahulu lalai tentang (peristiwa) ini, maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) matamu,sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam.


hakikat orang yang mengejar illusi


Nur: 39
dan orang-orang kafir,perbuatan mereka seperti fatamorgana ditanah yang datar, yang sangka aor oleh orang-orang yang dahaga,tetapi apabila didatangi tidak ada apa-apa pun. dan didapatinya (ketetapan) Allah baginya. lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan (amal-amal) dengan sempurna, dan Allah sangat cepat perhitungan Nya.


kesimpulannya, kita perlu sedar bahawa, didunia ini hanya illusi semata-mata..alangkah indahnya jika kita dapat mengunakan illusi ini untuk kebaikan dan bukan dosa..kerana Allah itu sangat dekat setelah kita melihat hujah-hujah diatas dan Allah mengetahui apa yang kita buat..alangkah hinanya jika kita berbuat dosa dan mungkin masa itu kita beranggapan kita dapat terlepas..tapi pada hakikat sebenarnya tidak..


jom kita bina peribadi islam, jauhkan maksiat dan lakukan apa yang diperintah oleh Allah..


bermula dari sekadar impian, dari impian menjadi realiti..kita realisasikan impian kita dengan mengikut syariat Allah swt..semoga kita dapat manfaat dari artikel kali ini..sekian..


di copy daripada sini...sebarang pendapat dan komen serta hujah amatlah dialu-alukan~ =)

3 Mei 2011..

Satu tarikh
yang mana mungkin akan mengubah hidup
seorang hamba ini buat selama-lamanya..

Walaupun perancangan telah diadakan
namun
yang menentukan adalah Dia
kita hanya mampu berserah dan memohon pertolongan
agar segala yang direncanakan
dapat berlaku dengan lancar
Tanggungjawab itu bukanlah sesuatu yang mudah
Amanah itu pula bukan sesuatu yang ringan
maka perlulah menyiapkan diri
dengan selengkapnya bagi memikul setiap apa yang di takdirkan
Allah untuk hambaNya..
Sesungguhnya ibu bapa tidak berbelah bagi untuk melihat anak2 bhgia
tetapi apa yang anak2 sanggup korbankan
semata mata utk melihat mereka tersenyum ikhlas
tanpa terselindung kepahitan dan kesengsaraan di sebaliknya
Bagiku..
dengan melihat senyuman yang tersirat itu
bagaikan menyengat sekeping hati yang aku miliki ini
pedih terasa apabila mengenangkan tiada kudrat utk ku membantu
InsyaAllah
segalanya akan berubah
mungkin hari-hari akan datang ini akan dipermudahkan olehNya
Allah telah menjanjikan segalanya untuk hambanya
cuma yang tinggal
untuk berusaha bagi mendapatkan nikmat yang dijanjikanNya

Janji Allah itu pasti..=)

Sunday, April 24, 2011

motivasi~ motivasi~ lalala~

haha..secara x langsung..sy tgh mniaga kt sni
smbil2 tu ada la sesi motivasi berlangsung kt depan booth ni
bertajuk:
Dilema Wanita antara "Kerjaya dan Keluarga"
ho4~
bak kata prof ini..
sesuainya pekerjaan seorang isteri itu adalah di rumah bersama keluarga
kerana fitrahnya seorang wanita itu adalah untuk mendidik
mendidik anak-anak dan keluarga
knpa?
kerana golongan wanita itu mempunyai sifat sabar yg tinggi
xhanya terhad dlm urusan keluarga
tp juga dalam kehidupan mereka sehari hari~
wa3..(org laki mmg kurang sabar...no offense~)
selain itu...
kenapa si isteri lebih sesuai di rumah
kerana fitrah seorang ibu itu akan lebih dekat dgn keluarga
dan lebih dekat anak2
tanggungjwb mencari rezeki utk keluarga itu adalah jatuh di bahu suami
bukan isteri
malah, kebanyakan kesesuaian dalam menbina keluarga
adalah disandarkan kepada isteri
haha...
xleh nk tulis bnyak la..prof ni ckap laju sgt..adoi~
eh..
ada org tnya soklan..ho3~
bgaimana jika seorang isteri itu mempunyai pendidikan ttapi dikehendaki oleh si suami utk menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa di rumah..
adakah ia dikira sebagai pembaziran kerana jika dia bekerja, dy akan dapat
membantu dalam menjana ekonomi negara~?

jeng3~
jwpnnya?
hm...adakah bakti seorang isteri itu kepada masyarakat
dapat menjamin keluarganya seimbang dan harmoni?
kerana banyak terdapat masalah di dalam masyarakat kita hari ini
di mana apabila ibu bapa masing2 sibuk dalam urusan seharian sehingga mengabaikan
didikan kepada anak2...
menjadi khalifah dan berdakwah di jalan Allah adalah sememangnya menjadi
tanggungjwb kita sebagai seorang muslim
mmg bukan pilihan tapi adalah satu kewajipan
akan tetapi
mendidik anak2 spya menjadi soleh dan solehah itu juga merupakan
tanggungjwb ibu bapa
jadi apabila si suami keluar bekerja
pendidikan kepada anak2 ini diuruskan oleh si isteri
oleh itu sebolehnya si isteri berada di rumah bagi membantu si suami
dalam menguruskan keluarga
mencorakkan anak2 supya menjadi soleh dan solehah juga amalan
yg dituntut kerana
doa2 anak yang soleh itulah yg mampu menyelamatkan
kita dari binasa di dalam neraka Allah..

wallahualam~

aaaaa...xtaw dh nk tulis apa prof ni dok bceloteh..
banyak sgt dy ckap..haha~
tu ja kot kalo ni...kalo ada apa2 yg slah..tolong2 btulkan yuk...

aslmualaikum~ =)

Friday, April 22, 2011

Lintasan Hati~

skdar nk share ilmu yg sy dpt td..

lintasan di dalam hati kita ada 4 jenis..
1.lintasan daripada Allah
2.lintasan daripada malaikat
3.lintasan daripada iblis
4.lintasan daripada nafsu

yg pertama~
lintasan daripada Allah
mempunyai dua bentuk..
baik dan jahat
lintasan yang baik itu adalah hidayah
mnakala
lintasan yang jahat itu adalah ujian

yg kedua~
lintasan daripada malaikat
malaikat adalah makhluk tuhan yg hanya mnurut printah Allah
lintasan daripada malaikat adalah sentiasa baik

yg ketiga~
lintasan hati oleh iblis
juga terbahagi kepada dua
baik dan jahat
lintasan yg baik itu terselindung kejahatan
cthnya:
iblis membisikkan manusia agar berzikir
tp dgn mengharapkan balasan sperti kebolehan yg khusus
maka niat mnusia td beramal sudah terpesong
lintasan yg jahat
xyah xplain pn smua phm rsanya
pndek kata iblis mngajar ke arah kemungkaran melalui lintasan ini

yg terakhir
lintasan nafsu..
yg sentiasa membawa kejahatan

maka berhati hati lah kwn2 apabila kita mentafsirkan kata hati..=)

Friday, April 15, 2011

Sedekah kah??~


sekarang ni saya banyak urusan yang melibatkan komunikasi dengan ramai orang
boleh melihat mcm2 ragam manusia
daripada yang kaya,berlagak kaya dan sebagainya...
haha~
ok2...untuk entri ni..
sy dapat peringatan ni secara x langsung daripada seorang sahabat

Sedekah itu dgn maksud lain adalah pengorbanan..
juz nk ckap tentang sedekah dgn menggunakan wang ringgit...
kita ambil satu situasi:

ada dua orang lelaki
pergi ke masjid utk solat Jumaat
kedua dua mereka bersedekah kepada tabung masjid
lelaki A bagi RM100
lelaki B lak bagi RM10 je
kedua-dua mereka ikhlas..
adakah nilai pahala mereka sama?
fikirkan sejenak..

nilai pahala itu bukanla dinilai melalui jumlah wang ringgit yg kita keluarkan
tp adakah kita btol2 terasa di jiwa bhwa kita berkorban?
lelaki A td sedekah RM100,tp dlm poket ada RM10,000...
adakah dy "terasa" nilai pengorbanan yang dy buat tu?
lelaki B, duit cuma ada RM14..
tp dy sedekah RM10 utk masjid...
kalau kita jadi dy, adakah kita akn sedekah RM10 utk masjid
dengan jumlah wang kita yg hanya berbaki RM4 selepas itu?

kita ambil satu lg situasi:
seorang lelaki,sedang berjalan jalan dgn suka hati utk pergi membeli belah..
tiba-tiba terjumpa seorang peminta sedekah..
dihulurkan RM2 kpda peminta sedekah tersebut..
setelah berjalan..
terjumpa lagi peminta sedekah yg lain..
RM2 lg bertukar tangan...
semakin lama semakin banyak peminta sedekah yang dy jumpa
kalau kita sebagai manusia normal
mesti akan terdetik dalam hati kita
"aku dh bagi dh td, ada lagi pulak..nk bagi ke x ni eh?"
btol??

ni ujian Allah bagi, smada kita sanggup berkorban atau x..
mmg kita mampu utk menghulurkan RM2 kepada peminta sedekah atau kawan2 kita skalipn
tapi adakah kita sedar kita diuji keikhlasan hati kita
untuk melakukan pengorbanan..?

sy teringat dgn kata2 seseorang..
kadangkala kenapa kita dpt rezeki yang x disangka sangka??
jwpannya mudah..
Allah nk kita fikir dgn akal fikiran yang Dia bg bahawa
Allah yang menentukan rezeki kita
bukan kita..
Allah itu yang berkuasa...
kita cuma hamba yang hanya mampu berserah dan memohon pertolonganNya
setelah kita berusaha...

ada orang tnya...sy xda duit..
mcm mna nk sedekah??
huhu..teringat satu hadis Rasulullah tp x igt ayt yg tepat..
maksudnya lebih kurang mcm ni la..
kalau kita buat kebaikan, itu pn dikira sebagai sedekah dan diberi ganjaran pahala
(msa tu baru tsedar..igtkan senyum ja kira plg snang nk sdekah..haha~)
kesimpulannya
dalam nk melakukan pengorbanan
Allah akan uji kita sampai di tahap
Adakah kita btol2 redha untuk berkorban??
(^^)


berkongsi utk manfaat bersama..=)

Tuesday, April 12, 2011

Julaibid: Kekasih yg syahid~

Saudara, dan saudari yang saya kasih kerana Allah. Bersama, mari kita susuri kisah seorang sahabat yang mulia yang bernama Julaibid.

Siapa antara kalian ada mengenali Julaibid?

Rasanya tiada. Kerana memang dia tidak dikenali. Baik di zamannya, atau di zaman ini. Memang pada pandangan manusia biasa, dia tiada apa-apa.

Julaibid lahir tanpa dirinya mengetahui nasab keturunannya. Ya. Dirinya tiada mengenal siapa itu ibu dan siapa itu ayahnya. Tetangganya juga sama, tidak mengentahui dari masa asalnya. Julaibid itu, jika diceritakan tentang fizikalnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan otot muka kita berkerut.

Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara.

Dia terpinggir dari masyarakat. Hadirnya, atau tiadanya, tiada apa-apa bagi masyarakat. Hanya Rasulallah S.A.W sahaja yang mengambil berat tentang lelaki kerdil ini.

Pun dirinya punya kekurangan yang seribu, tetap dia akan menjadi antara yang terpaling hadapan dalam saf peperangan. Bukan hanya itu, Julaibid juga tidak rela dirinya ketinggalan daripada berada di saf pertama untuk solat fardu, disetiap kalinya.

Saat semua orang membencinya, dia masih tersenyum kerana di sana, ada seorang lelaki yang kasih padanya. Ah. Beruntunglah Julaibid, kerana sungguh Rasulallah amat mencintai lelaki kerdil ini.

Satu ketika, Rasulallah memanggil Julaibid. "Wahai sahabat yang aku cinta. Mahukah dirimu bernikah?"

Julaibid tersenyum manis. Wajah gelapnya tampak jernih. Dengan redha, dia menjawab, "Wahai Rasulallah, apakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan daku?"

Jawapannya ikhlas. Dirinya redha, tanpa sekelumit kesal dan merajuk pada Ilahi yang menciptakannya begitu.

Rasulallah S.A.W mengulangi pertanyaan. "Wahai Julaibid. Inginkah kamu untuk bernikah?"

Masih dengan senyuman yang mekar dalam keimanan dan penyerahan diri pada Allah, Julaibid menjawab ikhlas, "Ya Rasulallah... adakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan aku?"

Lalu, Rasulallah membawa Julaibid bertemu dengan seorang sahabat Ansar.

"Wahai sahabat, aku mahu meminang puterimu"

Maka, berseri-seri wajah lelaki ansar tadi. Dirinya menyangka bahawa Rasulallah berhajat mahu memperisterikan anak gadisnya. Cuma, gembiranya dan serinya itu bertukar malap serta merta saat terhujah di telinganya bahawa pinangan itu bukan untuk Rasulallah, tetapi untuk Julaibid!

"Julaibid? Aduh. Izinkan aku berbincang dahulu bersama isteriku kerana ia sebuah urusan yang sangat besar", pinta lelaki tadi dengan wajah yang bertukar kelat tiba-tiba.

Saat perkara itu sampai kepada isterinya, wanita itu tekad. "Julaibid? Ah! Tidak! Demi Allah! Sesekali tidak akan kita kahwinkan anak kita dengan Julaibid!"

Naluri si ibu memang begitu. Mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Memang dari pertimbangan akal, sekiranya yang dinikahi itu ialah Julaibid, maka dari celah mana adanya bahagia? Julaibid kerdil, hodoh, miskin, tiada keluarga... dan sejuta macam kekurangan dan kelemahan.

Sedang si ibu berkeras tidak mahu mengizinkan, si ayah cuba memujuk kerana mungkin, dirinya malu untuk menghampakan Rasulallah. Perbincangan itu terdengar oleh anak gadis itu.

Gadis itu bertanya, "Daripada siapakah lamaran ini?"

Lalu diberitahu kepadanya. "Daripada Rasulallah s.a.w tetapi kepada Julaibid"

Subhanallah...

Dengan lembut dan hati yang bulat mengharap cinta Allah, gadis solehah itu memujuk, "Ketahuilah ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibid..."

Kisah Julaibid yang istimewa tidak berhenti disini.

Julaibid, tidak lama selepas bernikah, sampai seruan untuk jihad. Masih menjadi pengantin baru, Julaibid telahpun sedia menyandang senjatanya. Seruan jihad benar-benar membakar jiwa juangnya.
Di medan perang, Julaibid terbunuh. Dia syahid.

Akhir pertempuran, jasad-jasad yang terkulai di medan perang akan dikumpulkan. Jasad para syuhada' juga dikumpulkan di suatu tempat. Suanana menjadi sangat sayu.

Tiba-tiba, Rasulallah bertanya, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Para sahabat segera menjawab, "InsyaAllah tiada, ya Rasulalallah"

Sekali lagi, Baginda bertanya, "Adakah kalian telah kehilangan seseorang?"

Kali ini para sahabat tidak terus menjawab. Mereka mula merasa ragu-ragu.

Lalu Rasulallah S.A.W berkata, "Sungguh, aku telah kehilangan Julaibid..."

Subhanallah...

Rasulallah kemudiannya menyambung, "Sesungguhnya Julaibid ialah sebahagian daripada diriku dan diriku ialah bahagian darripada dirinya"

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Mulianya si hodoh itu... Beruntungnya si miskin itu... Bahagianya si kerdil itu...

Itulah Julaibid... Dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi namanya disebut-sebut oleh penduduk langit...

Dan buat kalian yang pernah merasa rendah diri, merajuk dan kesal dengan ciptaan Allah,
Ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak memandang kecantikan fizikal kita tetapi Allah dan Rasul-Nya memandang kecantikan iman kita. Allah menilai ketaqwaan kita.

Dan jika antara kita yang teringin untuk bersua muka dengan Rasulallah, berhentilah merajuk. Dan belajarlah untuk bersyukur, bersabar dan redha dengan ciptaan Allah kerana ia adalah asas kepada kehambaan.

sumber: Bayyinat~

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...