Tuesday, December 27, 2011

Terangi Jalan Hidupku dengan Cahaya Kasih-MU

Bila ku didatangi malam 
Gelora perasaan mencengkam dijiwa 
Masihkah ada lagi 
Dayaku menghindar dari kealpaan 

Diterjah berbagai persoalan 
Dihujani airmata penyesalan 
Bisakah terhapus semua 
Segala dosa-noda yang bertakhta 

Terangi jalan hidupku 
Dengan cahaya kasih Mu 
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu 

Tuhanku... 
Di malam syahdu ku merayu 
Ampunilah segala dosaku yang lalu 
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu 
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu 

Tuhanku... 
Usah Kau biarkan diri ku 
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu 
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu 
Hidup matiku hanyalah untuk Mu 

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran 
Suburkan jiwa ku dengan keimanan 
Hanya pada Mu Oh Tuhan 
Ku sandarkan harapan 



lagu yg menjadi peneman di kala malam~

Thursday, December 22, 2011

Letih dan 'sakit' itu datang lagi menyapa...

hanya kerana kita melafazkan syahadah...
dan beriman pada RasulNya...
bukanlah jaminan untuk kita bersenang lenang...
ujian itu tanda sayang...
ujian itu hidayah Allah...
ujian itu jugalah penghapus dosa-dosa kita...
maka teruskan langkah untuk bermujahadah fi sabilillah...

Sunday, December 18, 2011

InsyaAllah air mata ini tidak mengalir sia-sia...

"hanya kepada-Mu kami berserah,
dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan"...
(Al-Fatihah ayt  4)

Thursday, December 15, 2011

Hari ni...mari memotivasikan diri sendiri...

Jumaat 16/12/2011

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh?
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!

tiba-tiba teringat lagu ni...
lpas balik dari htar adik pagi td...
rsa lega sket dapat hantar adik ke kem penghayatan solat dan al quran
kat masjid hasanah tu...
semoga kamu menjadi lebih beriman
dan belajar membawa diri lebih baik lepas ni...

semoga diri ini juga dapat terus berada di dalam
tarbiyah hidayah Allah
walaupn kadang kala
terasa bagai mengharung kepahitan dalam luka
atau kelesuan dalam hiba
tapi yang pasti...
saya punya kekuatan yang Allah berikan utk terus istiqamah
meskipun payah...
insyaAllah alah bisa tegal biasa...

bukan senang untuk solat lima waktu di masjid/surau
bukan senang untuk menyampaikan dakwah
bukan senang untuk menuntut ilmu
bukan senang untuk bermujahadah fi sabilillah
tp insyaAllah
semuanya senang jika disandarkan niat kita
Lillahi Taala..


doakan saya terus kuat...
hari ini, esok  dan seterusnya...
untuk mencapai cita-cita saya di sana...
15/12/2011...

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan...

Alhamdulillah...
diberi peluang oleh Allah untuk dengar kuliah magrib kt masjid UKM td...
tajuk kuliah magrib adalah seperti di atas..haha~

kalau nk tawu..
tu la moto UKM
'Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan"
ustaz tu kaitkan moto UKM ni dengan bnyak benda...
apabila melihat kepada moto tu sndr...
"Mengilham" dan "Mencipta"...
Kedua-dua perkara ini memerlukan kepada usaha utk dilaksanakan...
yang mana perlu dilakukan atas usaha sendiri...
usaha itu adalah "mengilham harapan"
untuk "mencipta masa depan"...

Allah dah bagi banyak peluang kepada kita untuk berusaha...
kenapa kita masih lagi memberi alasan dalam menuntut ilmu?
Allah berikan kita tubuh badan yang sempurna..
akal fikiran yang sihat..
mengapa masih bermalasan menyiapkan esaimen..?
memberi alasan dalam menyiapkan tugasan dan sebagainya...?
(sebijik kna kt muka..dush!!)

Selain tu...
dalam menuntut ilmu ini juga perlu untuk memilih kawan dan sahabat...
pilihlah kawan yang boleh mengajak kamu kejalan kebaikan dan menegah kamu apabila melakukan kemungkaran...
jika seseorang itu mengajak kamu kepada amar makruf dan nahi mungkar
maka bersahabatlah dengan dia
jika seseorang itu mengajak kamu kepada perkara maksiat
maka cukuplah sekadar berkenalan dengan dia
(tapi jgn plak tinggalkan tanggungjwb dakwah kita sekiranya dia jahil)

(ok..bab ni pling terasa..)
cuba kita tengok balik apa kita doa tiap2 hari...
kita banyak berdoa dengan hal-hal dunia..
tapi adakah kita mempersoalkan keadaan diri kita di akhirat kelak di dalam doa2 kita?
Ya Allah...bagaimanakah rumahku di akhirat kelak?adakah ada 80 bilik mcm rumahku kt ats dunia ni?
Ya Allah...bagaimanakah kenderaanku di titian sirat nt?adakah selaju BMW atau Mercedes idaman ramai?

fikir2kan dan selamat beramal...
bnyak lg nk tulis...
tp da lupa...
td x bawak buku nota...
huhu


insyaAllah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...
sabarlah wahai hati...
15-12-2011...

Monday, December 12, 2011

A Book~



Aslmualaikum...
dah lama dengar pasal buku ni...
dan alhamdulillah Allah permudahkan untuk dapat jugak peluang beli buku ni...
dapat beli pon kat Kinokuniya KLCC...
huhu...
jauh benor merantau nk bleh beli buku ni...
(untuk kawan2 yg nak beli, ada jugak terdapat dalam versi bhsa Melayu yer)

Buku ini...
ditulis oleh seorang pakar motivasi dan kaunseling, John Gray...
di dalam buku ini...
John Gray menonjolkan betapa kaum Adam ini adalah berbeza dengan Hawa...
bukan hanya dari segi fizikal...
tetapi juga dari segi mental, psikologi, dan perasaan...
dan antara perkara yang paling penting yang ingin John Gray sampaikan adalah...

"Jangan pernah lupa bahawa lelaki dan perempuan itu berbeza."

kenapa kita perlu sentiasa ingat tentang perkara ini...?
menurut John Gray,
kita selalu lupa bahawa lelaki dan perempuan itu berbeza...
jika kita menyedari hakikat ini...
maka penerimaan perbezaan antara lelaki dan wanita juga akan menjadi lebih mudah...

buku ini bukanlah hanya untuk mereka yang ingin menjalinkan hubungan shj...
bukalah minda...
maka kita akan dapat lihat betapa fakta-fakta dalam buku ini...
akan mampu untuk membuatkan kita lebih memahami diri kita sendiri...
dan juga lebih memahami orang lain yang berada di persekitaran kita...
InsyaAllah...
mungkin lain kali akan direview sikit tentang isi kandungan buku ni...


somehow..i changed my ambition...
but not my dream..hope to see u there...
13/12/11

Friday, December 9, 2011

khutbah jumaat...

Alhamdulillah...
baru ja balik dari Universiti Malaya...
dengan team pencak silat...
join game kt sna...

apa2 pn..juz nk kongsi ttg apa yg khutbah jumaat td smpaikan...

Salah satu perkara yang penting dalam peristiwa hijrah nabi adalah...
Pembinaan Masjid...
dan juga bagaimana nabi berjaya mengimarahkan masjid tersebut...
masjid ini sebagai satu tempat yang penting untuk dijadikan sebagai medan ukhuwah...
yang mana..
setiap org(lelaki) seharusnya berada di masjid(atau surau) untuk mengimarahkan solat berjemaah...
pernah diriwayatkan oleh para sahabat bahawa...
pada satu hari...
terdapat seorang lelaki yang buta datang bertemu dengan Rasulullah...
lelaki yang buta itu meminta kebenaran daripada Rasulullah untuk melaksanakan solat dirumah
dan tidak melakukannya di masjid kerana kekurangan yang di alaminya...
kemudian, Rasulullah pun mengizinkan permintaan lelaki tersebut...
belum pun sempat lelaki tadi meninggalkan Rasulullah...
Rasulullah memanggilnya semula...
"adakah kamu mendengar laungan azan?"soal Rasulullah.
"ya wahai Rasulullah."
"maka kamu wajib untuk menunaikan solat di masjid". Baginda menyambung.

di sini dapat kita lihat bagaimana pentingnya untuk solat di masjid...
sehinggakan orang buta sekalipun tidak dibenarkan untuk bersolat sendirian di rumah
jika tidak mempunyai sebarang keuzuran...

tetapi lain pula senario yang berlaku pada hari ini...
yang mana dapat kita lihat...
masjid-masjid yang ada semuanya besar-besar belaka...
tapi makmumnya, lebih banyak saf kosong daripada yang terisi...
lebih-lebih lagi saf untuk solat subuh...
masjid sekarang hanya dihadiri untuk solat Jumaat,
hari-hari perayaan, dan juga sambutan-sambutan yang istimewa...
yang mana
masjid tidak lagi berfungsi sebagai
medan ukhuwah...
medan dakwah...
medan penyebaran ilmu...
sehingga fungsi masjid itu tidak lagi dapat dilihat...

bagaimana peranan kita dalam menghidupkan rumah-rumah Allah ini...?
InsyaAllah..
marilah kita sama-sama mengubahnya...


diari hati yang menangis takut dan rindu
9/12/2011

Wednesday, December 7, 2011

Cahaya Akidah....

Alhamdulillah...
lama plak rasanya x tulis perkara yang bermanfaat...
and jugak yang boleh dihadam rohani...

juz nk buat sedikit review ttg usrah ptg td...
mengupas isu akidah...
akidah adalah sesuatu yang perlu ada di dalam diri
bagi membantu hati-hati kita
mempertahankan dan juga meneguhkan iman di dlm diri...

manusia ini diberikan akal oleh Allah...
tetapi alangkah ruginya manusia yang tidak menggunakan akal mereka ini...
dipetik daripada kata-kata Yusuf Al-Qardhawi...

"pada hari ini, terdapat ramai manusia yang kaya ilmu, tetapi miskin amal"

dimana mana saja kita dapat melihat keadaan ini berlaku...
sedangkan sesiapa yang mempelajari ilmu
tanpa memanfaatkannya di jalan Allah..
maka dia akan disoal di akhirat kelak..
kerana ilmu itu juga adalah ilmu yang hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita..

selain itu...
akal juga dikurniakan Allah untuk berfikir...
maka rugilah mereka yang mempunyai akal tetapi tidak berfikir...
berfikir di sini bermaksud
mengaitkan setiap ilmu yang dipelajari dengan kekusasaan Allah..
dan bukan pula berfikir mengenai zat Allah
yang mana tidak akan mampu dicapai oleh akal manusia.

"berfikir sesaat itu adalah lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat yang tidak khusyuk"

maka tanda kita mempunyai pegangan akidah yang kuat
adalah dengan mengenali siapa tuhan kita
yakin dan percaya dengan keEsaan Allah...
barang siapa yang mengenali siapa tuhan mereka...
maka mereka tidak akan teragak-agak dalam melakukan ibadat
dan juga yakin dalam berserah diri kepada Allah apabila ditimpa musibah...

terakhir sekali pesanan di dalam usrah td..

"jangan letakkan pergantungan kepada makhluk"
yg bermaksud...
janganlah kita menganggap bahawa makhluk yang menentukan apa yang akan kita peroleh di atas dunia ini.
sekiranya berlaku..
maka kufurlah orang yang melakukannya..

wallahu'alam...

nafas cinta disana
8/12/2011

Saturday, December 3, 2011

Life goes on...



jumpa lagi cerita 'kami'...
4th December 2011

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...