Tuesday, April 24, 2012

Ya Allah..Kau tetapkanlah Hati-Hati kami di jalan-MU..

Satu demi satu perkara telah usai dijalankan...
insyaAllah masih ada tanggungjwb yang menanti untuk dilaksanakan...
sedikit sebanyak...
hidup ini makin jelas hala tujunya...
semakin banyak yang kita tahu...
maka kita perlu sedar bahwa sebenarnya kita ini adalah manusia yang jahil...
semakin bnyak ilmu yang kita dapat...
banyak juga ilmu yang kita masih tidak tahu...
maka janganlah kita bermegah megah dgn nikmat yang sedikit itu...
sekiranya hanya ianya akan menjadikan kita rugi...
ketika menghadap hisab kita kelak...

InsyaAllah...
saya hanya manusia biasa...
hanya mampu berusaha dengan izinNya untuk mencapai segala yang dicita-citakan...
Allah itu maha adil...
~Bersyukurlah pada barang yang ada...~
~Bersabarlah dengan barang yang tiada...~
dalam makna dua potong ayat ini bagi yang memahami......
Alhamdulillah Allah juga permudahkan saya untuk membaca ayat-ayat ini...

If things are happening according to your wish...
U r Lucky~
But if they are not...
then U r VERY Lucky~
because they are Happening...
according to Allah's will...

Alhamdulillah..terasa terkesan di hati...
sesungguhnya yang terbaik dalam perancangan itu adalah
Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Semoga dipermudahkan segalanya untuk kami...
dalam berusaha mencari redha Ilahi...
InsyaAllah...
semuanya Lillahi Ta'ala~ 
Amin ya Rabb..

Monday, April 9, 2012

Rahsia Solat di Awal Waktu





Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya


Sumber; Group Facebook Jom Islam.

Friday, April 6, 2012

Devotees - Bersama



Berjalan Tanpa Henti

Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Thursday, April 5, 2012

Kaki ini perlu melangkah...selangkah lebih jauh~

InsyaAllah...
untuk apa yang akan berlaku esok...
akan aku serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa...
semoga Dia memperkenankan doaku
untuk aku senantiasa berada di dalam redhaNya...

Hari ini...
Alhamdulillah...
aku diberikan ruang dan peluang untuk membuat keputusan...
untuk melangkah lebih lagi...
untuk pergi lebih jauh dalam mendalami erti hidup sbagai seorang Muslim...
berbekalkan usaha dan ikhtiar yang telah aku jalankan...
insyaAllah...
langkah kaki ini akan bermula dengan niat keranaNya...

Untuk kawan-kawan...
aku masih seperti dulu...
cumanya, aku sedar yang aku ini lemah...
memerlukan kekuatan untuk bangkit...
dan kekuatan itu akan aku perolehi dengan memenuhkan ilmu di dada...
ilmu dari Al-Khaliq dan kekasihNya...
berbekalkan niat ini...
maka aku nekad untuk meneruskan perubahan yang telah dilakukan ini...
setingkat lebih tinggi...
jangan kalian berasa jauh dengan aku...
kerana aku juga memerlukan doa dan redha kalian di setiap langkahku...
agar tiada lagi hati yang terluka dan terpesong kerana kelemahanku...

entah untuk kesekian kalinya...
aku ingin memohon maaf di atas setiap kesilapan yang pernah aku lakukan...
andai kata perlu untuk aku memohon maaf secara berdepan...
maka khabarkanlah...
insyaAllah aku akan memohon maaf dengan apa cara sekalipun...
kerana aku mahu, perjalanan aku selepas ini...
adalah dengan redha dari semua...
untuk membolehkan aku mencari redha daripadaNya...
insyaAllah...

sedang menyembuhkan hati...
andai ada yang pernah terguris...
ku pohon agar kesalahanku di maafkan...
sesungguhnya perjalananku ini juga bergantung atas doa kalian...
one day...we shall meet each other...
again in Jannah insyaAllah~

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...