Tuesday, May 31, 2011

Hari ini dalam Hidup~

wahaha~
ada hikmah di sebalik kejadian...
Keputusan abg man utk masukkan Loo sbgai Pesilat Putra C
mampu diterima dengan hati yg terbuka
Alhamdulillah..
walaupn sedikit kecewa..
namun merasakan keputusan itu terbaik utk kebaikan pasukan dan kelab
n tambah plak injury hamstring ni masih xsembuh..
so rsanya, mmg muscle injury la kot..
sbb kalo just cedera hamstring biasa..
rehat seminggu da ckup utk muscle elok mcm biasa
tp ni da dkat dua minggu..
maka dengan itu..
berehat la kamu wahai MOhd Afiq~
haha~

Alhamdulillah lagi..
beberapa buah buku telah berjaya dihabeskan
tiada msa terbuang semasa menjaga kedai kalo tgh xda org
hehe...n insyaAllah ada satu or dua buku ni
akan dibca berulang kali
sbb
nk pengisian dalam buku tu terisi dlm kepela ni
manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan hati utk menilai
maka gunakan kelebihan anda utk memperoleh ilmu
supaya berguna untuk hati menilai..=)

Alhamdulillah..
join dengan satu persatuan or pergerakan amal
khas untuk pembangunan ummah baru2 ni..haha~
mcm mna ntah bleh join
tp insyaAllah akan melaksanakan amanah sebaik mungkin
pjumpaan ptama 4hb ni..
mungkin akan dibriefing hala tuju atau perkara2 yg bkaitan la kot
harap mampu medokong misi 'peribadi' ni..hua3~

Alhamdulillah...
salah satu cabang impian sedang dilaksanakan
buka kedai..haha
dulu impian nk buka restoren
ntah mcm mna terbuka kedai pakaian plak..
adoi...tp xpa
amek pengalaman dlu..
Alhamdulillah setelah 2 bulan menerjunkan diri kedalam
alam perniagaan ni
dapat belajar banyak perkara dari orang ramai
bnyak yang bagi support..
bnyak yg bagi kata2 semangat..
and hari ke hari
jalan semakin terbuka luas..
sngt ramai yang memberi smpaikan x tertadah tangan nk menerima
Syukur pada yg Esa di atas kurniaNya..
pengalaman ni juga membuka mata
mcm mna penilaian yang berlaku terhadap diri sendiri
akhirnya tersedar dan tersentak sedikit demi sedikit setiap hari
dek pesanan dan nasihat mereka2
yg sedikit sebanyak mampu menggetarkan hati
dan menggenangkan air mata apabila bermuhasabah

dengarkanla lagu ni ya..
dlm sunnah nabi pon ada..
bahagia itu adalah ketenangan..
insyaAllah ketenangan itu sememangnya kebahgiaan bagi kita..=)

Friday, May 27, 2011

Nasihat Ayah kepada Anaknya..=)

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA..

Suatu hari Lukman Al Hakim menasihati anaknya tentang hidup.

Surah Luqman, ayat 13 : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". ( 13 ; 31 )

• Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

• Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti pupuk untuk menyuburkan tanaman.

• Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai tetangga yang jahat.

• Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

• Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

• Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

• Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

• Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

• Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

• Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayangi, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

• Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

• Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

• Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

• Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

• Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

• Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi pemimpinmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi pemimpin.

• Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

• Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia dapat menikmati lazatnya berzikir.

• Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.

• Anakku, ikutlah orang-orang yang sedang menguruskan jenazah, dari kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke majlis pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan majlis pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.

• Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

• Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

• Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam2 kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.

• Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada wasiat para Nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah kelakuanmu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut(mati) yang bakal menjemputmu.
7. Lupakan budi baikmu pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Wednesday, May 18, 2011

Susahnya nk Hadam Ilmu~ huhu~

Lama dah x rasa mcm ni..~ haha
anyway...
the thrill is back!! wuuhuuu~
p mna pon usung buku skrg..hahaha~
kalah orang exam..
tp alhamdulillah..dapat manfaat
wlaupon stdy benda yg xdak kaitan ngn kos yg ak blaja skrg..
lalala~
somehow..
baru perasan yg otak ni dah berkarat bnyak
so k kena cuci2 balik
bagi ada ruang kosong yang bnyak utk nk isi ilmu..
huhu
bnyak sgt benda2 xdak pekdah melekat kat dlm ni
mcm mna nk buang??
adala...........hehe

this feeling kinda weird u know..
since it has been quite a long time for me to have it back
its like i've been into a long long long long longgggg vacation...
and when i'm back
things are not there or have changed a lot
not only the process
but me too have changed..
its a relief that i can have the opportunity to acquire it back
rather than being lack of it..huhu..

anyway...GTG!!
not got to go~
but!

GOOD TO GO!! Yeah!! Men Hujan JOMMMM!!!!!!

Sunday, May 8, 2011

Waking Up~

looking away is not something that we should do when we are facing the truth
a word that are nice to hold on to
well..
everyone always said that there are nothing can be solve
if u turn away from ur problems
just like that..
as for me..
sometimes it is hard to accept the reality of life
but somehow
we need to think that there are others
who suffer more than we are in these days...
i've been sinking in tears these past days in my life
not only mine
but also their's which i wont forget until the day i die
anyway..
these things makes me think that i'm nobody
i'm nobody to Him..
He can take whatever He gave to me in a flash
just like that..
and i'm not in a position to rebel towards His action..
all i need to do is that..
have FAITH in whatever He plans for me..
and that is what i'm doing right now..
i hope that Allah could give me strength to roar up another
new chapter in my life..with no regrets..

Thursday, May 5, 2011

Ketika diri mencari sinar~

Hmmm....wahahaha~
tringat lirik lagu ja..

"ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya
langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
bgaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan"

hahaha...
lama tol xdengor lagu ni..
lately i've been vvveeeerryyyy busy
huaaa~ =(
busy building up my life again
i'm having my chance to search for my dream again
n this tyme..
i hope nothing can hold me against it
huhu...
i know quite a few people were worried about me
but plis plis plis trust me
i know that dis is not the only way it should be
but somehow its the best option dat i have in order to develop
"A new ME"
i cant act the way i am before
i have 'jobs' to be done
i have 'task' to be cleared
n i have my life to oppose..huhu
dun worry too much
i'm taking everything out of me dis tyme
no more holding back
even tears are not working anymore to shake my heart
(again...haha)
but u know...
my tears are also there plating his part
after years i've been keeping it inside me
somehow it burst out
hua3...tragic isnt it?
even my mum would say the same thing
"adik ni la anak mak paling keras hati..dalam semua anak2 mak..
hg sorang ja yg ak xpernah boleh nk baca..."
wahh..pngakuan yg smmgnya ku expect dari ibuku last Wednesday night
agagaga~
am i dat bad?
nvm..at least she know why n how i'm making my way
to avoid from those "insects"
just pray for me ya mak~ =)

enough of that..
training!! training!! training!!
aaaaa..!!
fitness lembik cam kentang putar je skrg ni
hari tu training..
perghh!!
lembik lutut wa kena ngn abg man..
aiyooo!!
gi mana mau main kalo mcm ni..
ape pon..usaha tangga kejayaan~
bukan semua orang yang berusaha mampu nk berjaya
tapi semua yang berjaya adalah
"ORANG YANG BERUSAHA"

insyaAllah mari kita usaha sama2..Fisabilillah~ =)

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...