Friday, December 9, 2011

khutbah jumaat...

Alhamdulillah...
baru ja balik dari Universiti Malaya...
dengan team pencak silat...
join game kt sna...

apa2 pn..juz nk kongsi ttg apa yg khutbah jumaat td smpaikan...

Salah satu perkara yang penting dalam peristiwa hijrah nabi adalah...
Pembinaan Masjid...
dan juga bagaimana nabi berjaya mengimarahkan masjid tersebut...
masjid ini sebagai satu tempat yang penting untuk dijadikan sebagai medan ukhuwah...
yang mana..
setiap org(lelaki) seharusnya berada di masjid(atau surau) untuk mengimarahkan solat berjemaah...
pernah diriwayatkan oleh para sahabat bahawa...
pada satu hari...
terdapat seorang lelaki yang buta datang bertemu dengan Rasulullah...
lelaki yang buta itu meminta kebenaran daripada Rasulullah untuk melaksanakan solat dirumah
dan tidak melakukannya di masjid kerana kekurangan yang di alaminya...
kemudian, Rasulullah pun mengizinkan permintaan lelaki tersebut...
belum pun sempat lelaki tadi meninggalkan Rasulullah...
Rasulullah memanggilnya semula...
"adakah kamu mendengar laungan azan?"soal Rasulullah.
"ya wahai Rasulullah."
"maka kamu wajib untuk menunaikan solat di masjid". Baginda menyambung.

di sini dapat kita lihat bagaimana pentingnya untuk solat di masjid...
sehinggakan orang buta sekalipun tidak dibenarkan untuk bersolat sendirian di rumah
jika tidak mempunyai sebarang keuzuran...

tetapi lain pula senario yang berlaku pada hari ini...
yang mana dapat kita lihat...
masjid-masjid yang ada semuanya besar-besar belaka...
tapi makmumnya, lebih banyak saf kosong daripada yang terisi...
lebih-lebih lagi saf untuk solat subuh...
masjid sekarang hanya dihadiri untuk solat Jumaat,
hari-hari perayaan, dan juga sambutan-sambutan yang istimewa...
yang mana
masjid tidak lagi berfungsi sebagai
medan ukhuwah...
medan dakwah...
medan penyebaran ilmu...
sehingga fungsi masjid itu tidak lagi dapat dilihat...

bagaimana peranan kita dalam menghidupkan rumah-rumah Allah ini...?
InsyaAllah..
marilah kita sama-sama mengubahnya...


diari hati yang menangis takut dan rindu
9/12/2011

No comments:

Post a Comment

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...