Friday, April 15, 2011

Sedekah kah??~


sekarang ni saya banyak urusan yang melibatkan komunikasi dengan ramai orang
boleh melihat mcm2 ragam manusia
daripada yang kaya,berlagak kaya dan sebagainya...
haha~
ok2...untuk entri ni..
sy dapat peringatan ni secara x langsung daripada seorang sahabat

Sedekah itu dgn maksud lain adalah pengorbanan..
juz nk ckap tentang sedekah dgn menggunakan wang ringgit...
kita ambil satu situasi:

ada dua orang lelaki
pergi ke masjid utk solat Jumaat
kedua dua mereka bersedekah kepada tabung masjid
lelaki A bagi RM100
lelaki B lak bagi RM10 je
kedua-dua mereka ikhlas..
adakah nilai pahala mereka sama?
fikirkan sejenak..

nilai pahala itu bukanla dinilai melalui jumlah wang ringgit yg kita keluarkan
tp adakah kita btol2 terasa di jiwa bhwa kita berkorban?
lelaki A td sedekah RM100,tp dlm poket ada RM10,000...
adakah dy "terasa" nilai pengorbanan yang dy buat tu?
lelaki B, duit cuma ada RM14..
tp dy sedekah RM10 utk masjid...
kalau kita jadi dy, adakah kita akn sedekah RM10 utk masjid
dengan jumlah wang kita yg hanya berbaki RM4 selepas itu?

kita ambil satu lg situasi:
seorang lelaki,sedang berjalan jalan dgn suka hati utk pergi membeli belah..
tiba-tiba terjumpa seorang peminta sedekah..
dihulurkan RM2 kpda peminta sedekah tersebut..
setelah berjalan..
terjumpa lagi peminta sedekah yg lain..
RM2 lg bertukar tangan...
semakin lama semakin banyak peminta sedekah yang dy jumpa
kalau kita sebagai manusia normal
mesti akan terdetik dalam hati kita
"aku dh bagi dh td, ada lagi pulak..nk bagi ke x ni eh?"
btol??

ni ujian Allah bagi, smada kita sanggup berkorban atau x..
mmg kita mampu utk menghulurkan RM2 kepada peminta sedekah atau kawan2 kita skalipn
tapi adakah kita sedar kita diuji keikhlasan hati kita
untuk melakukan pengorbanan..?

sy teringat dgn kata2 seseorang..
kadangkala kenapa kita dpt rezeki yang x disangka sangka??
jwpannya mudah..
Allah nk kita fikir dgn akal fikiran yang Dia bg bahawa
Allah yang menentukan rezeki kita
bukan kita..
Allah itu yang berkuasa...
kita cuma hamba yang hanya mampu berserah dan memohon pertolonganNya
setelah kita berusaha...

ada orang tnya...sy xda duit..
mcm mna nk sedekah??
huhu..teringat satu hadis Rasulullah tp x igt ayt yg tepat..
maksudnya lebih kurang mcm ni la..
kalau kita buat kebaikan, itu pn dikira sebagai sedekah dan diberi ganjaran pahala
(msa tu baru tsedar..igtkan senyum ja kira plg snang nk sdekah..haha~)
kesimpulannya
dalam nk melakukan pengorbanan
Allah akan uji kita sampai di tahap
Adakah kita btol2 redha untuk berkorban??
(^^)


berkongsi utk manfaat bersama..=)

No comments:

Post a Comment

.....

Sometimes..things are better to leave Unspoken...